Wednesday 18 November 2015

SPM..ooo SPM..

Setiap ibu bapa akan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka supaya berjaya dalam setiap peperiksaan. Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah yang terbaik..selain itu, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk menghantar anak-anak belajar di pusat tuisyen yang terkemuka. Usaha ini bagi memastikan anak-anak akan beroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM..Mereka berfikiran jika anak-anak mereka tidak mendapat keputusan yang bagus, maka gelaplah masa depan anak-anak mereka..Itulah yang ada dalam 'mind set' para ibu bapa dan juga pelajar...
       Memang benar, SPM yang akan menentukan hala tuju pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..ke Menara Gading..Itulah impian setiap ibu bapa dan para pelajar. Pada fikiran mereka ialah apabila sudah berjaya ke menara gading maka cerahlah masa depan anak-anak mereka. Namun kehidupan sekarang bukanlah semudah yang disangka..Zaman sekarang, anak-anak perlu bersaing dalam bidang pekerjaan. Ramai graduan universiti yang masih menganggur setelah tamat pengajian di universiti..Kenapa? sebab mereka masih menunggu keputusan pemohonan kerja mengikut bidang yang diambil semasa belajar di universiti..Tunggu..tunggu..menganggur bertahun-tahun..inilah senario anak muda zaman sekarang..adakah benar jika mendapat keputusan yang cemerlang, belajar di universiti maka mereka akan mendapat pekerjaan dan hidup senang?Jadi, ibu bapa dan pelajar perlu mengubah mind set tersebut..pelajaran memang penting namun apa yang lebih penting adalah menyediakan anak-anak yang berdaya saing dalam hidup, menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak dan semangat ingin berjaya dalam apa jua bidang. Cuba lihat kebanyakan jutawan, usahawan yang berjaya berasal dari keluarga yang susah dan ada yang belajar sampai Tingkatan 5 sahaja..Apakah rahsia kejayaan mereka?fikir-fikirkan lah..
            Jadi sempena peperiksaan SPM yang sedang berlangsung sekarang ini, saya mendoakan agar calon-calon dapat melakukan yang terbaik..Sekira nasib tidak menyebelahi anda jangan sedih kerana anda mempunyai banyak peluang untuk lebih berjaya dalam hidup..Akhir sekali, hadapilah hidup dengan tabah dan redha..

# p/s : teruja melihat calon SPM menjawab paperiksaan dengan tekun..


Wednesday 4 November 2015

Aquaria KLCC..Pengalaman yang best sangat..

Aquaria KLCC..macam best je kan..terletak di KLCC..walaupun sebelum ni dah banyak kali menapak di KLCC namun x pernah teringin nak masuk ke Aquaria..Namun apabila ada peluang yang tak ternilai ini,akhirnya tercapai jgk impian nak mengunjungi Aquaria.pendapat mengatakan Aquaria sesuai untuk kanak-kanak adalah tidak benar sama sekali..kami pun teruja apabila berada di dalamnya.Kami pergi semasa cuti Maal Hijrah..disebabkan ingin menghilangkan stress..sy mencari tempat yang agak dekat dengan umah untuk mencari pengalaman baru..hihi..
cuma yang membuatkan aku terkilan ialah handphone tertinggal kat umah..so x banyak gambar yang ada untuk kenangan..nasib husben bawa hp dia..ok,tiket masuk boleh tahan harganya..untuk dewasa RM46 seorang..memandangkan ingin mencari pengalaman ku relakan jugak..nantikan orang cakap ape guna tinggal di selangor tapi Aquaria KLCC pn x pernah jejak..hihi..malu ngn adik kt kampung yang nk datang ke sini mengikuti rombongan sekolah..dan salah satu tempat lawatannya di Aquaria KLCC..ruginye xdapat tangkap gambar sbb handphone tertinggal kat umah..huhu..gambar yg ada dalam hp en suami..simpan buat kenangan..