Thursday 3 December 2015

Jualan murah di SOGO

Haa..dengar tajuk pn dah best kan? terutamanya kaum wanita..pantang dengar ada jualan murah..mesti nk pegi..lagi2 kalau handbag dan kasut..dudukjauh pun bole pegi..Okla ni saya pegi masa ari ahad 29 nov 2015..katanya ari tu last day sale..emm..biasalah last day sale..bulan depan buat lagi sale..tapi disebabkan nafsu untuk membeli tu kuat ditambah pulak time cuti sekolah ni, bertabah lah jugak masuk ke SOGO..kami pegi petang..orang macam semut..penuh nak jalan pun x boleh..bersesak-sesak masa pilih barang..tempat ku tuju mestilah bahagian handbag..fuhh..jualan handbag seperti bonia,carlo rino, sembonia, separuh harga..ada yg 60%..rambang mata..pilih punya pilih berkenan la bag ni..sebab tak pernah ada handbag color biru..so beli la satu..tengok orang lain, 2,3 handbag seorang beli..saya mcm biasa la..beli sebab memang keperluan jer..untuk keje tahun depan..


P/s: tu la hasil tangkapan ku pada hari ini..xtau sama ada pattern terkini atau lama yang penting berkenan di hati..sebab kita yang nak pakai.., pedulikan orang kata..yang penting hati happy..

Wednesday 18 November 2015

SPM..ooo SPM..

Setiap ibu bapa akan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka supaya berjaya dalam setiap peperiksaan. Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah yang terbaik..selain itu, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk menghantar anak-anak belajar di pusat tuisyen yang terkemuka. Usaha ini bagi memastikan anak-anak akan beroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM..Mereka berfikiran jika anak-anak mereka tidak mendapat keputusan yang bagus, maka gelaplah masa depan anak-anak mereka..Itulah yang ada dalam 'mind set' para ibu bapa dan juga pelajar...
       Memang benar, SPM yang akan menentukan hala tuju pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..ke Menara Gading..Itulah impian setiap ibu bapa dan para pelajar. Pada fikiran mereka ialah apabila sudah berjaya ke menara gading maka cerahlah masa depan anak-anak mereka. Namun kehidupan sekarang bukanlah semudah yang disangka..Zaman sekarang, anak-anak perlu bersaing dalam bidang pekerjaan. Ramai graduan universiti yang masih menganggur setelah tamat pengajian di universiti..Kenapa? sebab mereka masih menunggu keputusan pemohonan kerja mengikut bidang yang diambil semasa belajar di universiti..Tunggu..tunggu..menganggur bertahun-tahun..inilah senario anak muda zaman sekarang..adakah benar jika mendapat keputusan yang cemerlang, belajar di universiti maka mereka akan mendapat pekerjaan dan hidup senang?Jadi, ibu bapa dan pelajar perlu mengubah mind set tersebut..pelajaran memang penting namun apa yang lebih penting adalah menyediakan anak-anak yang berdaya saing dalam hidup, menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak dan semangat ingin berjaya dalam apa jua bidang. Cuba lihat kebanyakan jutawan, usahawan yang berjaya berasal dari keluarga yang susah dan ada yang belajar sampai Tingkatan 5 sahaja..Apakah rahsia kejayaan mereka?fikir-fikirkan lah..
            Jadi sempena peperiksaan SPM yang sedang berlangsung sekarang ini, saya mendoakan agar calon-calon dapat melakukan yang terbaik..Sekira nasib tidak menyebelahi anda jangan sedih kerana anda mempunyai banyak peluang untuk lebih berjaya dalam hidup..Akhir sekali, hadapilah hidup dengan tabah dan redha..

# p/s : teruja melihat calon SPM menjawab paperiksaan dengan tekun..


Wednesday 4 November 2015

Aquaria KLCC..Pengalaman yang best sangat..

Aquaria KLCC..macam best je kan..terletak di KLCC..walaupun sebelum ni dah banyak kali menapak di KLCC namun x pernah teringin nak masuk ke Aquaria..Namun apabila ada peluang yang tak ternilai ini,akhirnya tercapai jgk impian nak mengunjungi Aquaria.pendapat mengatakan Aquaria sesuai untuk kanak-kanak adalah tidak benar sama sekali..kami pun teruja apabila berada di dalamnya.Kami pergi semasa cuti Maal Hijrah..disebabkan ingin menghilangkan stress..sy mencari tempat yang agak dekat dengan umah untuk mencari pengalaman baru..hihi..
cuma yang membuatkan aku terkilan ialah handphone tertinggal kat umah..so x banyak gambar yang ada untuk kenangan..nasib husben bawa hp dia..ok,tiket masuk boleh tahan harganya..untuk dewasa RM46 seorang..memandangkan ingin mencari pengalaman ku relakan jugak..nantikan orang cakap ape guna tinggal di selangor tapi Aquaria KLCC pn x pernah jejak..hihi..malu ngn adik kt kampung yang nk datang ke sini mengikuti rombongan sekolah..dan salah satu tempat lawatannya di Aquaria KLCC..ruginye xdapat tangkap gambar sbb handphone tertinggal kat umah..huhu..gambar yg ada dalam hp en suami..simpan buat kenangan..



Sunday 30 August 2015

Merdeka!Merdeka!

Lama x hupdate blog kesayangan ni..bizi sikit sekarang..tapi disebabkan hari ini sambutan Hari Kemerdekaan, saya nak meluangkan sedikit masa untuk menghupdate blog kesayangan ku ini..sambutan Hari Kemerdekaan yang meriah telah diadakan di sekolah..pelbagai aktiviti telah di adakan untuk pengisian program tersebut..diantaranya ialah gubahan, menghias payung, membuat wau, tampalan dan mereka replika bangunan..aktiviti melibatkan guru dan pelajar..di sini saya letak beberapa gambar sebagai kenangan dan sebagai rujukan anda semua..
















 

Wednesday 19 August 2015

Jom Skipping...Jom bakar kalori..dengan skipping

Rasanya dah lama tak skipping..jangan memandang rendah pada tali skip yer..sbb walaupun murah ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada anda jangkakan..Jom bakar 1000 kalori  dengan  senaman skipping..melompat dengan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan secara efektif..
Hasil carian imej untuk skipping
Sebanyak 70-110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit, manakala 1000 kalori terbakar jika dilakukan selama 1 jam..cara yang senang dan amat mudah dilakukan..apa kata selepas ini kita lakukan senaman skipping di rumah diiringi muzik yang best menjadikan kita lebih bersemangat untuk membakar kalori..Jom bakar..#proses menurunkan berat badan..sbb nk pakai jubah..



Sunday 14 June 2015

Pesta Floria Putrajaya 2015

Tercapai jugak cita-cita untuk pergi ke Pesta Floria Putrajaya 2015..dah lama teringin nak pergi namun selalunya masa tidak sesuai..selalunya masa cuti sekolah terus balik kampung..jadi xsempat nk pergi pesta floria..tahun ni plan balik kampung lewat sikit..jadi sempatla ajak hubby berjalan-jalan ke pesta floria..




















LAKSAM..

Hai..apa khabar semua..alkisahnya teringin sangat nak makan laksam..dah lama tak balik kampung. Jadi dengan segala kudrat dan kerajinanku akhirnya merasa jgk untuk makan laksam..sedap jgk masakan air tangan sendiri ni.buat sendiri lebih puas hati..okla nak share resepi kat sini..dah tak ingat resepi buat laksam ni ambil dari blog mane..setakat ni memang okla.resepi kuah laksam memang belajar dari mak kat kampung.selalu kami kt kampung beli laksam atau laksa yang dah siap jer..buat kuah je..belanja gambar yang tidak seberapa..resepi ni menghasilkan lebih kurang 7@8 batang laksam.


Laksam
- 3 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
- 4 cawan air suam

# campurkan semua bahan di dalam bekas dan kacau sebati..pastikan tepung tidak berketul..Kemudian panaskan kukusan..letakkan bancuhan tadi dalam tudung periuk..atau loyang bulat..nipis sahaja..jangan tebal..tutup penutup periuk dan tunggu beberapa minit kemudian buka dan lihat jika ada gemembung dan nampak masak boleh angkat dan rehatkan seketika..teruskan dengan loyang yang seterusnya..laksam yang dah masak td..gulungkan..macam dalam gambar..

Kuah Laksam
- 5 ekor ikan sardin direbus dan ambil isi sahaja
- santan secukupnya untuk kuah
- 2 ulas bawang merah
- sedikit halia
- sedikit lada hitam
- garam
- gula
- asam keping

# rebus ikan dan ambil isinya..blend bersama santan, bawang, halia dan lada hitam...masukkan dalam periuk, letak asam keping dan sentiasa kacau sehingga menggelegak..perasakan garam dan gula secukup rasa..

laksam dimakan bersama ulam -ulam dan sambal..best sangat..