Sunday 22 March 2015

Alhamdulillah..
Yeaa..First time ada blog sendiri..selalu baca blog orang jer..gara-gara boring duduk di hotel menyebabkan teruja untuk belajar membina blog..try and error jer..Hubby pegi kerja dan tinggallah saya di hotel sorang-sorang..Kami menginap di Hillview Inn di Tanah Rata, Cameron Highland..Hotel yang terletak di atas bukit dan cantik.Harga pun berpatutan dan yang paling penting ada internet yang laju..cuma kekurangannya tiada tv di dalam bilik..tv disediakan di ruang tamu sahaja..tapi nasib baik bawa notebook..so tonton tv online je la..Kla..tujuan saya berblog adalah untuk mencatat segala pengalaman pahit dan manis sepanjang hidup saya..dapat mengabadikan kenangan-kenangan bersama yang tersayang..semoga saya akan rajin mengupdate blog ini..



 Pemandangan dari bilik hotel..cantik dan nyaman sungguh berada di sini..dapatlah release tension..dan menyiapkan kerja yang belum selesai..

Bubur Jagung Kegemaran Hubby

Semasa di Cameron Highland saya telah membeli jagung manis..ingat nk beli sedikit jer tapi disebabkan makcik tu beria-ria suruh beli 2 longgok,maka saya pun beli la jagung tu 2 longgok dengan harga RM15..rasanya ada 19 jantung (betol ke penjodoh bilangan ni)..Balik rumah terus masak bubur jagung..En. hubby memang suka makan bubur jagung..ore kelate..suka makan masakan manis-manis..ini dia bubur jagung..


Haa..menarik tak..Jom kita tengok resepi bubur jagung ini..

RESEPI BUBUR JAGUNG

Bahan-bahan:
5 ketul jagung dicincang kecil
santan kelapa
gula melaka
gula
garam
sagu
daun pandan

Cara-cara:
1. Rebus jagung dan sagu dengan air sehingga empuk. Pada masa yang sama masukkan gula melaka.
2. Apabila air semakin kering, masukkan santan.
3. Kemudian masukkan daun pandan, garam dan gula secukup rasa.
4. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
5. Apabila bubur menggelegak, tutup api.jangan masak terlalu lama.