Tuesday 14 April 2015

RESEPI MUDAH UNTUK DETOKS

Simpan di sini la 8 resepi mudah untuk detoks.. daripada kita mengambil pil kurus better kita cuba alternatif lain..yang lebih semulajadi..jom kita tengok ape resepinya..


1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan) dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratandan menyingkiran toksin.Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang dan dan kandungan anggur pula melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan.Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan antioksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut,kulit dan kuku.

5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIAMAU
ia bagus untuk membakar lemak , penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

7.STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

8. TIMUN + LIMAU + LEMON
sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.

Haa.. senang je kan..nak sedap tambah madu.kemudian simpan dalam peti sejuk 1 malam..pastu minum macam minum air biasa..JOM KITA CUBA..

Sunday 12 April 2015

Tip Diet..

Kenapa saya tiba-tiba teringin menulis tentang diet ni..terasa badan makin berat..paha makin rapat..perut makin ke depan ni..itu tanda-tanda orang yg mengalami pertambahan berat badan..lantaran itu,untuk memotivasikan diri agak berusaha untuk menurunkan berat saya akan menulis dan mencari tip untuk kurus..yang sesuai dengan jiwa dan raga..tak nak yang ekstrem sangat..agak berkenan dengan tip diet oleh Kevin Zahri..selalunya saya ni tak kuat semangat untuk melakukan aktiviti menguruskan badan..sama ada dari segi diet atau bersenam..tidak konsisten..maka sy akan sentiasa mengingatkan diri dengan search blog berkaitan untuk kurus..tapi tidak termasuk beli ubat kurus..saya akan cuba untuk menjauhi ubat kurus..mungkin orang akan kata kenapa nak kuruskan badan,terima lah apa yang ada..tujuan utama saya ingin menguruskan badan untuk menjaga kesihatan diri..kalau badan gemuk bermacam-macam penyakit akan datang..huhu minta dijauhkan dari penyakit tersebut..amin.
5 Tip Mudah Untuk Kurus?
Tips ringkas dari segi pemakanan:
1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gulagaramminyakmakanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)
2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
4. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)
5. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!
6. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

Bebola Roti Goreng

Sebenarnya terjumpa resepi ni dalam internet..lupa pula blog sape..time kasih tuan empunya blog..alkisahnya ari tu beli roti gardenia..tapi xsempat nk mkn pun..jadi search resepi yang simple tapi menyelerakan..jom tengok resepi..ada beberapa bahan saya tak letak dan ubah..ikut apa yang ada kt dapur jela..
Bebola Roti Goreng


BAHAN BAHAN

5 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar
3 biji cili merah - dihiris
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis 
3 sudu besar mayonis - tambah
4 ketul nugget digoreng dan dipotong kecil2 
Minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.

4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.


Abaikan warna dan rupanya yer..yang penting sedap..



Friday 10 April 2015

KONVOKESYEN ...

Haha..cerita ni bukan sal konvokesyen saya tetapi adik ipar saya..sebelum ni dia belajar di KKTM Pasir Mas..Jadi dari Pasir Mas datang ke sini menaiki bas..dia dan mak sedara stay dekat rumah saya..Jadi kami la yang menemani dia semasa konvo nanti. Nasib baik rumah kami dekatla jugak dengan Putrajaya.


Haa..ini dia kad jemputan..2 orang penjaga sahaja dibenarkan masuk..jadi saya dan mok (mak sedara) je yang masuk ke dewan. Teringat lak masa konvo dulu-dulu..nervous gila nak naik stage..takut tersadung or terjatuh..manakan tidak begitu ramai orang yang melihat nnt. Setelah selesai majlis,kami bergambar di studio..pakej family..then bergambar di taman di PICC tu untuk kenang-kenangan.
Besar dewan kat PICC ni..
Ni budak yang konvo ituu..


haa.. mok pun dapat bunga jugak..
Jadi berakhirlah majlis konvokesyen pada hari ini..sebelum balik kami pergi solat di Masjid Putrajaya. Bawa mok jalan-jalan di Putrajaya..Esok mereka akan balik Kelantan..