Sunday 12 April 2015

Tip Diet..

Kenapa saya tiba-tiba teringin menulis tentang diet ni..terasa badan makin berat..paha makin rapat..perut makin ke depan ni..itu tanda-tanda orang yg mengalami pertambahan berat badan..lantaran itu,untuk memotivasikan diri agak berusaha untuk menurunkan berat saya akan menulis dan mencari tip untuk kurus..yang sesuai dengan jiwa dan raga..tak nak yang ekstrem sangat..agak berkenan dengan tip diet oleh Kevin Zahri..selalunya saya ni tak kuat semangat untuk melakukan aktiviti menguruskan badan..sama ada dari segi diet atau bersenam..tidak konsisten..maka sy akan sentiasa mengingatkan diri dengan search blog berkaitan untuk kurus..tapi tidak termasuk beli ubat kurus..saya akan cuba untuk menjauhi ubat kurus..mungkin orang akan kata kenapa nak kuruskan badan,terima lah apa yang ada..tujuan utama saya ingin menguruskan badan untuk menjaga kesihatan diri..kalau badan gemuk bermacam-macam penyakit akan datang..huhu minta dijauhkan dari penyakit tersebut..amin.
5 Tip Mudah Untuk Kurus?
Tips ringkas dari segi pemakanan:
1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gulagaramminyakmakanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)
2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
4. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)
5. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!
6. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

No comments:

Post a Comment