Tuesday 14 April 2015

RESEPI MUDAH UNTUK DETOKS

Simpan di sini la 8 resepi mudah untuk detoks.. daripada kita mengambil pil kurus better kita cuba alternatif lain..yang lebih semulajadi..jom kita tengok ape resepinya..


1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan) dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratandan menyingkiran toksin.Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang dan dan kandungan anggur pula melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan.Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan antioksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut,kulit dan kuku.

5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIAMAU
ia bagus untuk membakar lemak , penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

7.STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

8. TIMUN + LIMAU + LEMON
sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.

Haa.. senang je kan..nak sedap tambah madu.kemudian simpan dalam peti sejuk 1 malam..pastu minum macam minum air biasa..JOM KITA CUBA..

No comments:

Post a Comment