Saturday 16 May 2015

TIPS SIHAT : CARA MENGIRA KALORI DALAM MAKANAN

Hari ni baru berkesempatan menghupdate blog..tu pun sbb nak simpan beberapa tips tentang cara mengira kalori makanan..minggu ni dah start diet..diet tapi still amik nasi (dalam kuantiti sedikit)..mau nye terketar-ketar di tempat kerja kalau x makan nasi..

Jom belajar tentang kalori..
Kalori ialah unit untuk mengukur tenaga..
Cara untuk mengira kalori dalam makanan adalah seperti berikut:
* karbohidrat -didarab dengan 4 kalori setiap gram
* protien - didarab dengan 4 kalori setiap gram
* lemak - didarab dengan 9 kalori setiap gram

Kalori yang diperlukan oleh lelaki dan perempuan dewasa dalam sehari adalah seperti berikut:
*Lelaki - 2000-2500 kalori
*Perempuan - 1600 - 2000 kalori

Apakah yang terjadi jika kita makan lebih kalori setiap hari?
*Setiap 8000 kalori yang terkumpul ( tidak dibakar) akan menaikkan 1 kg berat kita..

Contoh kalori dalam makanan:
* nasi lemak - 400 kalori
*telur mata kerbau - 21 kalori
* karipap 3 biji - 390 kalori
*nasi 3 cawan - 420 kalori
*kari ayam - 250 kalori
* air tembikai - 80 kalori
*popia goreng 3 biji - 390 kalori
* ikan tenggiri masak merah - 142 kalori
* kangkung goreng belacan - 120 kalori
*ayam goreng - 240 kalori
* sambal sotong - 170 kalori
* roti canai sekeping - 300 kalori
* nasi goreng - 630 kalori
* 2 skoop aiskrim - 380 kalori
* Burger - 475 kalori
* Mee kari - 500 kalori
* mee sup - 385 kalori
* pisang goreng (sekeping) -170 kalori
* donut (sebiji)- 200 kalori
* suku cawan mayonis - 360 kalori

Bagaimana nak bakar kalori? kalori dikira untuk tempoh 1 jam aktiviti
* kemas rumah, mop lantai, basuh simen depan rumah, siram pokok bunga ( 240 kalori)
* berjalan pantas ( 300 kalori)
* naik turun tangga
* senaman aerobik (405 kalori)
* jogging selama 90 minit ( 600 kalori)
* jalan-jalan di pasaraya..

Jom tunggu ape lagi..marilah kita mula membakar kalori..

No comments:

Post a Comment